Kontroversi Penggunaan Nama “ALLAH”
January 10th, 2010Salam,
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam, yang tidak beranak lagi diberanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupainya, bertentangan dengan fahaman orang2 kafir laknatUllahu álaihim ájmain. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan membawa rahmat ke sekelian alam dengan meninggikan kalimat Allah SWT di atas muka bumi ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekelian,
Kita telah dikejutkan dengan kebenaran penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia kepada orang2 bukan Islam untuk disebarluaskan kepada orang2 yang bukan Islam juga dalam dakwah agama mereka.
Para Ulamak di Malaysia jelas berselisih pendapat tentang perkara ini. Ada yang mulanya memberikan kebenaran kekal dengan memberikan kebenaran. Ada pula yang kini sudah mula meraguinya. Bahkan ada juga yang menentangnya.
Ada yang bertanya ada pula yang tertanya2, boleh atau tidak boleh kebenaran menggunakan nama Allah diberikan kepada orang2 bukan Islam untuk disebarluaskan kepada orang2 yang bukan Islam juga dalam dakwah agama mereka?
Saya bersependapat kepada Ulamak yang menghukumkannya haram dan kufur kepada sesiapa yang menyokongnya. Justifikasinya adalah mudah. Orang2 kafir daripada Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dan puas hati sekiranya umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka yang sesat. Lantas akan mengunakan apa juga cara, peluang, kelemahan dan ruang untuk menyesatkan kita termasuklah dalam penggunaan kalimat Allah.
Saya percaya ramai ulamak yang terkhilaf dalam hal ini kerana terlupa, terlalai dan terleka dalam mendalami maksud meninggikan kalimat Allah di muka bumi. Selain beribadah yang bersifat amal makruf, ulamak juga harus mencegah daripada kesesatan dan kemungkaran. Justeru, mencegah kesesatan dan kemungkaran ini boleh diputuskan oleh para Ulamak daripada fakta2 nyata daripada zaman berzaman mengenai cubaan2 menyesatkan umat Islam dan ajaran Islam oleh orang2 kafir kafir daripada Yahudi dan Nasrani.
Ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith tentang bagaimana mereka mengubah huruf, ayat, hukum, akidah, dsb sehingga mencemar agama Islam yang sebenarnya dan merubahnya daripada asal yang telah dibawa semenjak zaman Nabi Adam AS dan merupakan agama para Nabi dan Rasul ASW.
Dengan merujuk kembali kepada perkara ini, para Ulamak boleh memutuskan bahawa dengan adanya bahaya nyata, dengan menggunakan kaedah istihsan atau maslahah mursalah atau saddus zarai’, ia merupakan satu penyalahgunaan yang pasti membawa kesesatan dan kemungkaran kepada umat Islam. Justeru, demi keutamaan, kebaikan dan pencegahan, ia mesti dihukumkan haram, justeru, membawa kekufuran sesiapa yang menyokong kepada kebenaran ini.
Meninggikan kalimah Allah termasuklah mendokong dan melaksanakan semua syariat Allah yang termasuk beramal pada kebaikan dan mencegah pada kesesatan dan kemungkaran selain beriman kepada Allah SWT. Adalah mustahil umat Islam yang umumnya lemah iman dan lemah ilmu boleh terselamat dengan mudah daripada tipu daya dan penyesatan orang2 kafir kafir daripada Yahudi dan Nasrani apatah lagi sekiranya mereka mempunyai lesen menggunakan nama Allah sewenang2nya walaupun pada mulanya hanya sesama mereka yang kafir.
Kita sudah pun melihat bagaimana ramainya umat Islam yang sesat dan murtad tanpa mereka menggunakan nama Allah. Apakah kita mahu terus menerus melihat lebih ramai lagi umat Islam yang murtad selepas mereka berjaya menggunakannya? Apakah kita sanggup bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti? Saya tidak sanggup. Biarlah saya menongkah arus menyedarkan ilmuan Islam diluar sana akan bahayanya penggunaan kalimat Allah oleh orang2 bukan Islam yang mempunyai tujuan yang jelas jahat dan buruk menurut Al-Quran dan Al-Hadith iaitu menyesatkan orang2 Islam sebagaimana sesatnya mereka.
Kalau saudara seorang mukmin, tepuklah dada dan tanyalah ilmu, bukankah lebih baik buat semua umat Islam sekiranya mereka itu tidak dibenarkan menggunakan nama Allah daripada menggunakannya, apakah tidak jelas lagi keburukan yang pasti berlaku jika kebenaran itu tidak disekat, apakah bukan maslahah jika kebenaran itu tidak diberikan?
Apa yang baik bagi semua umat Islam itu adalah baik juga di sisi Allah seperti mana yang telah diperingatkan dan diberikan amaran di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Justeru, wahai para Ulamak Malaysia, bersepakatlah dalam perkara ini. Haramkanlah penggunaan kalimat Allah untuk orang2 bukan Islam sehinggalah jelas keislaman mereka. Demi kebaikan umat Islam di Malaysia seluruhnya dan mencegah segala keburukan dan kemungkaran yang pasti lagi jelas.
Allah wa Rasuluhu A’lam.
Salam tazkirah.